Santai Sepetang Bersama Teristimewa SK Chin Chin

Sambutan perpisahan SK Chin Chin diperindahkan dengan sentuhan servis katering kami. Suasana hangat dan kemesraan mencipta kenangan untuk dikenang.

Galeri Kenangan Majlis Perpisahan Penuh Emosi

Selamat tinggal bukanlah akhir, tetapi awal dari babak baru. Terima kasih, Guru, kerana menyinari SK Chin Chin dengan ilmu dan kasih sayang. Walaupun berpisah, kenangan dan pengajaranmu tetap tersemat dihati. Semoga hari-harimu yang akan datang diberkati dengan kebahagiaan dan kejayaan. Selamat jalan, Guru yang dikasihi!

Sebagai tanda penghargaan dan meraikan majlis perpisahan ini, pihak sekolah telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil pakej sewa dewan separuh hari yang lengkap, termasuk servis katering eksklusif daripada Kari Kambing Cikgu Anuar.

Pengalaman santapan berkualiti tinggi kami disajikan melalui konsep buffet yang eksklusif, sementara satu meja dikhaskan untuk pengurusan sekolah, menyediakan hidangan dalam suasana unik dan mewah, disajikan dalam dome.

Terbaik sungguh pihak sekolah dalam menjaga prestasi cemerlang dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada komuniti sekolah.

“Terima kasih kepada pengurusan Viktoria - Centre of Inspiration yg menyediakan tempat yg awesome utk majlis kami "Santai Sepetang Bersama Teristimewa" SK Chinchin.. ❤️👍”

Mohd FakharuddinGuru, SK Chin Chin

Leave a Reply