Skip to main content

P ada 17 May 2023 yang lalu telah berlangsung ‘Program Hari Bertemu Pelanggan & Taklimat KWSP di Viktoria Space. Program ini mengumpulkan pelanggan-pelanggan KWSP untuk menghadiri sesi bertemu dengan Dr. Mohd Taib Ismail yang merupakan Pengarah KWSP Wilayah Selatan.

Pakej sewa dewan yang diambil ialah pakej sewa separuh hari bagi jumlah peserta 60 pax lengkap dengan servis katering. Setup yang diminta bagi program ini adalah ‘Theatre Style’ di Zone A Viktoria Space dan bagi jamuan makan pelanggan pula di buat di Zone B.

Klik Untuk Lihat : Pakej Harga Sewa Viktoria Space

Selepas selesai program taklimat, peserta dijamu dengan makan tengah hari istimewa dari Restoran Kari Kambing Cikgu Anuar.

Urusetia meminta satu set serving VVIP untuk makan tengah hari dan peserta lain dihidangkan secara buffet menu: Nasi Arab Ayam Mandy, Roti Arab dan Kari Kambing. Alhamdulillah program hari bertemu pelanggan KWSP berjalan lancar dan kami berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada Viktoria Space menjadi ruang acara.

Viktoria Space adalah ruang serbaguna yang sangat sesuai untuk anda adakan pertemuan dengan pelanggan atau klien. Bagi usahawan diluar sana terutama yang menjalankan bisnes insurance, networking, direct selling, MLM ruang kami memberi privasi kepada anda untuk mengadakan pitching kepada prospek atau opportunity meeting dengan bakal bisnes partner anda.

Berminat untuk melihat event space kami bagi kesesuaian program anda? Hubungi : 019 – 740 2540

Leave a Reply