Raih Keseimbangan Dalam Diri Anda: Kelas Jin Shin Jyutsu
Viktoria Space, pilihan utama untuk kursus Jin Shin Jyutsu. Suasana tenang, keselesaan, dan fasiliti terbaik mencipta pengalaman pembelajaran yang unik dan menyeluruh, mendukung kesejahteraan peserta.
Jatuh Cinta Dengan Kerusi?
Jin Shin Jyutsu adalah suatu bentuk seni penyembuhan kuno yang berasal dari Jepun. Dengan menggunakan sentuhan ringan pada titik-titik energi di tubuh, kelas ini membantu menghilangkan ketegangan, merangsang aliran energi positif, dan mencapai keseimbangan dalam tubuh dan pikiran.
Self Help Class Jin Shin Jyutsu' ini telah dianjurkan oleh Puan Arin Ya'acob dari Event Management Resources pada 21 Oktober 2023 yang lalu. Perkongsian ekslusif dari Mr & Mrs Siow yang merupakan JSJ Practitioner yang dibawakan dari Penang.
Pihak penganjur memilih 'Classroom Style' menggunakan kerusi mudah alih Rover yang hanya terdapat di Viktoria Space. Kerusi ini mempunyai meja dengan size A3 yang cukup selesa untuk meletakkan laptop, ipad dan modul kelas. Pilihan susun atur begini sesuai untuk kapasiti perserta dengan jumlah 20 dan ke bawah.
“Tempat yang sangat selesa. Paling kami semua jatuh cinta sangat adalah kerusi nya. Best sangat ! Nak duduk lama pun tak sakit badan. Terima kasih Viktoria Space untuk segala servis dan layanan kepada kami.”
Arin Ya'acobPengedar, Young Living Malaysia
Tidak hanya Puan Arin yang terpikat dengan kerusi Rover kami, malah seorang peserta turut memuji dan amat suka dengan keselesaan kerusi yang digunakan sepanjang kelas berlangsung.
Dengan rendah hati kami kongsikan pengalaman unik di Viktoria Space, di mana pelanggan tidak hanya menikmati ruang acara yang luas, tetapi juga keselesaan dan kemudahan yang disertakan.
Kelebihan ruang acara kami, seperti kerusi yang selesa, bilik solat, dan suasana yang bersih, menerima pujian daripada pelanggan. Pelanggan kami juga menyukai ruang santai yang sesuai untuk perbincangan kecil.
Sertai kami untuk pengalaman unik dan menyeronokkan di Viktoria Space, tempat di mana setiap acara menjadi istimewa.
“Saya amat menyukai ruangannya; bersih, ada bilik solat untuk Muslim, tandas bersih, ada penapis air dengan ais. Saya paling suka kerusi duduk yang kami gunakan semasa kelas. Terdapat juga ruang lain dengan sofa yang sesuai untuk perbincangan/rapat kecil. Ruang yang luas, berhawa dingin. Agak sejuk, jadi lebih baik bawa sweater/ coat untuk kehangatan.”
Melissa MahPengedar, Young Living Malaysia