Skip to main content

Selamat jalan, rakan kerja! Semoga langkahmu di tempat baru membawa kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih atas kenangan yang indah bersama.

Farewell With Love Farmasi Jasin

Pasti sedih melihat rakan yang telah lama bekerja dijabatan kita akan berpindah ke tempat kerja baru. Sebelum mereka berpindah, seronok rasanya dapat mencipta memori-memori manis bersama rakan satu jabatan dengan mengadakan majlis perpisahan atau lebih glamour disebut “Farewell Party”.

Pada May 2023 yang lepas, Puan Nazira dari Bahagian Logistik Farmasi Hospital Jasin telah memilih Viktoria Space bagi mengadakan event “Farewell with Love” buat dua staff beliau yang akan berkhidmat di tempat baru. Terima kasih Puan Nazira kerana memilih event space Viktoria sebagai lokasi majlis Puan.

Servis Katering dari Kari Kambing Cikgu Anuar

Mengapa Viktoria Space menjadi pilihan untuk function atau event jabatan juga company? Event seperti ini lazimnya memerlukan ruang privasi yang tidak bercampur dengan acara lain. Jamuan makan untuk majlis ini juga kami sediakan dengan menu signature dari restoran Kari Kambing Cikgu Anuar.

Privasi & Ekslusif

Ruang Makan Privasi kami: Santai, tenang, dan mewah. Atmosfer yang menawan dan dekorasi yang santai. Pengalaman bersantap eksklusif hanya di Viktoria Space. Jadikan setiap acara istimewa bersama kami

Servis Katering

Pelbagai hidangan menggoda selera, dari kari kambing istimewa hingga hidangan berkualiti tinggi. Citarasa tetamu terpenuhi dengan kualiti terjamin dan cita rasa autentik. Layanan katering kami, pilihan utama untuk menjadikan acara anda lebih istimewa.

Pilihan Ala-Carte

Nikmati pilihan Ala-Carte Kari Kambing Cikgu Anuar di Viktoria Space! Hidangan istimewa untuk setiap acara. Pilih menu kegemaran anda dan nikmati santapan yang lazat. Jadikan setiap acara lebih istimewa dengan rasa enak dari dapur kami.

Eratkan hubungan antara rakan kerja dengan makan setalam dari top seller menu “Talam Super Kombo” dari Kari Kambing Cikgu Anuar. Terdapat menu utama yang dihidangkan dalam set talam ini seperti Kari Kambing, Ayam Mandy, Kambing Bakar dan Ikan Tilapia Goreng. Selain itu, bagi mereka yang tidak memakan daging kambing, menu secara ala carte juga disediakan sebagai pilihan.

Sekiranya anda sedang mencari venue untuk majlis syarikat atau jabatan anda dengan servis katering, hubungi krew kami di talian 019-7402540 untuk pertanyaan lanjut.

Leave a Reply