Skip to main content

Viktoria Space

SIAPA KAMI?

Kami selalu sedia memberikan yang terbaik untuk acara anda.
Jadi, tenang saja dan percayalah pada kami!

Kenali Krew Viktoria

Viktoria, bersama-sama dengan semangat bersatu, "Together As One". Dalam arena bisnes berpasukan, kita mengejar keunggulan dengan semangat kolektif yang menggerakkan kita maju. Kejayaan kita tidak sekadar matlamat peribadi; ia adalah hasil dari sinergi, di mana kekuatan setiap ahli pasukan menyatu membentuk daya pendorong kecemerlangan.

“Kami berhasrat untuk mewujudkan kelainan & menjadi pionir di Jasin, Melaka yang membawakan konsep ruang acara yang moden seperti Viktoria Space!”

Firdhaus & ZuraifahPengasas Viktoria Space
CEO, Founder

Firdhaus Zulkifli

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) Universiti Teknologi PETRONAS.
  • Master Coordinator di Shaklee Malaysia
    Latar Belakang

Latar Belakang

Firdhaus Zulkifli mendapat pendidikan awal di Dungun, Terengganu dan Kuching, Sarawak sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja pada tahun 1999. Merupakan salah seorang penerima biasiswa PETRONAS, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Petronas kemasukan Januari 2003.

Setelah menghabiskan pelajarannya, beliau berjaya mendapat Ijazah di dalam bidang Kejuteraan Kimia dan seterusnya ditawarkan untuk berkhidmat dengan syarikat multinational Malaysia iaitu PETRONAS pada tahun 2008.

Dalam masa sama, beliau turut menjalankan perniagaan diatas talian sebagai Content Copywriter dan Penjual barang-barang trading import daripada China, USA dan UK sejak 2008 menerusi platform blog ; gadge7er (menjual barang-barang (elektronik) dan Faheem Wardrobe (menjual barang-barang penyusuan ibu)

CEO, Co-Founder

Zuraifah Anuar

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) Universiti Teknologi PETRONAS.
  • Master Coordinator di Shaklee Malaysia

Latar Belakang

Zuraifah Anuar mendapat pendidikan awal di Jasin, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah pada tahun 1998. Merupakan salah seorang penerima biasiswa PETRONAS, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Petronas kemasukan Januari 2003.

Setelah menghabiskan pelajarannya, beliau berjaya mendapat Ijazah di dalam bidang Kejuteraan Kimia dan seterusnya ditawarkan untuk berkhidmat dengan syarikat multinational Malaysia iaitu PETRONAS pada tahun 2008.

Ditempatkan di Miri, Sarawak, beliau memulakan kerjaya sebagai Chemist sebelum berpindah ke KL pada 2009, selepas mendirikan rumah tangga. Pada pertengahan tahun 2010, atas faktor kesihatan, beliau diberikan cuti sakit bersebab selama 2 tahun.

Bermula dari situ, beliau mula mencabar diri untuk mempelajari selok belok pelbagai bisnes Online bersama suaminya, menerusi platform blogger Faheem Wardrobe (menjual barang-barang penyusuan ibu), Tupperware, Jual Busana dari Indonesia sebelum mereka mendaftar Shaklee pada 4 November 2010.

Sales & Operation

Aizat Anuar

Aizat Anuar memegang tanggungjawab sebagai Pengurus Jualan & Operasi di Viktoria Space.
Segala urusan tempahan dan pengurusan acara akan dilaksanakannya.

Antara individu awal bersama dalam pembangunan syarikat, Aizat Anuar juga merupakan pemilik dan jurulatih di Ansal Archery yang dibuka ditingkat atas, bangunan yang sama adanya Viktoria Space ini.

Sentiasa bersedia dalam urusan bersama pelanggan, beliau berjaya melaksanakan tugasnya sehabis baik dalam memastikan segala acara pelanggan berjalan lancar.

Finance & Admin

Fazlina Anuar

Fazlina Anuar memegang jawatan sebagai Pengurus Kewangan, Cukai dan Pentadbiran syarikat.

Beliau antara individu awal terlibat dalam pembangunan syarikat dan berpengalaman luas dalam urusan melibatkan akaun syarikat.

Selain dari itu, beliau juga merupakan pemilik Ansal Frozen & Trading yang turut beroperasi di Jasin Bestari

Kemahiran beliau amat penting dalam memastikan hala tuju syarikat berada di landasan yang betul dari sudi operasi kewangan.

Katering

Azwari Ghani

Azwari Ab Ghani ialah Pemilik dan Pengurus Katering di Restoran Kari Kambing Cikgu Anuar. Beliau bertanggungjawab dalam memastikan makanan dan minuman katering pelanggan siap sedia sepanjang acara.

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini sejak 2015, Azwari sentiasa komited dalam tugasnya dalam memastikan pelanggan berpuas hati dgn servis katering yang disediakannya

Kolabrasi erat antara Viktoria Space dan Restoran Kari Kambing Cikgu Anuar dapat memberi pengalaman berbeza untuk acara-acara yang diadakan disini.

Kenali Pengasas

Viktoria Space adalah hasil gabungan kreativiti dan kejayaan pasukan hebat di belakangnya, ditubuhkan oleh pasangan suami isteri, Firdhaus Zulkifli dan Zuraifah Anuar, yang merupakan graduan cemerlang Universiti Teknologi Petronas.

Melalui perjalanan karier yang luar biasa dan kepakaran dalam industri, Firdhaus dan Zuraifah telah membuktikan kebolehan mereka sebagai peneraju yang berwawasan. Keputusan berani mereka untuk melepaskan jawatan sebagai jurutera pada 2010 menjadi titik permulaan bagi kejayaan yang muncul dalam pelbagai sektor perniagaan.

Viktoria Space tidak sekadar menawarkan ruang acara eksklusif, tetapi juga diuruskan oleh individu yang penuh kesungguhan, kecekalan, dan inovasi. Keberanian Firdhaus dan kebijaksanaan Zuraifah mewakili komitmen untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada pelanggan, menjadikan Viktoria Space pilihan utama untuk acara berprestij dan penuh kehebatan.

Komitmen

Kendalikan setiap acara dengan penuh kecemerlangan..

Menjalankan setiap acara dengan memberikan perhatian kepada setiap butir dan aspek acara, dengan matlamat mencapai hasil yang luar biasa.

01

Berikan lebih daripada yang dijangkakan.

Sentiasa melebihi jangkaan pelanggan-pelanggan kami dengan prestasi yang luar biasa dan konsisten.

02

Bina ruang yang memberi inspirasi kepada orang.

Kami komited untuk membangun tempat yang tidak hanya memukau tetapi juga memberikan inspirasi kepada setiap pengunjung.

03